Tadika Lagenda Cemerlang
Saturday, 22 September 2012
Wednesday, 19 September 2012
Mini Sukaneka TLC
Mini sukaneka yang julung kali diadakan ini dapat meningkatkan perkembangan psikomotor kanak-kanak. Pada masa yang sama, kanak-kanak dapat memperkembang koordinasi mata-tangan mereka dengan baik.
Semangat berpasukan juga dapat dipupuk di dalam diri kanak-kanak. Putera puteri TLC telah dibahagikan kepada tiga pasukan iaitu pasukan Merah, Biru dan Kuning.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah dipertandingkan, antaranya :
1) Membawa bola ping pong di dalam sudu
2) Mengisi air di dalam botol
3) Melambung dan menyambut belon berisi air
Semasa 'warming up' dijalankan...
Penerangan cara bermain membawa bola ping pong
di dalam sudu kepada kesemua pasukan
Jom sorak pasukan masing-masing...Go go Merah! Biru! Kuning!
Cepat..cepat...!!!
Lari Najmi..lari...heee..
Penerangan cara bermain melambung & menyambut belon berisi air
Merah..merah..merah...!!!
Sambut belon Yasmin !! hehe ^_^
SAMBUTAN 1 MALAYSIA TLC
Sempena menyambut hari 1 Malaysia pada 16 September 2012, Tadika Lagenda Cemerlang telah mengadakan satu aktiviti mewarna tanjak kemerdekaan. Program ini dapat menerapkan nilai dan semangat patriotik di dalam diri setiap anak-anak TLC. Anak-anak TLC juga dapat mengenal nama-nama negeri dan dapat mewarna bendera mengikut warna yang betul. Gambar semasa aktiviti mewarna tanjak dijalankan :
~ Anak-anak 6 tahun sebelum mewarna ~
Danial, Atirah, Akhmal, Izz muhammad, Hakimi, Aiman
~ Anak-anak 5 tahun bersama cikgu fizah semasa aktiviti mewarna dijalankan ~
Azrul, Aqeb, Shahmi, Sofia, Syahirah, Syakirin, Addin, Amirul
~ Anak-anak 3 & 4 tahun bersama cikgu mala ~
~ Putera puteri TLC sedang fokus mewarna tanjak 1 Malaysia masing-masing ~
~ Sambil mewarna pun sempat lagi posing ira ni..heee :) ~
~ Anak-anak 6 Tahun bersama cikgu Mila ~
~ Yeah...lihat la tanjak kami... ~
~ Putera puteri TLC 2012 bersama guru-guru praktikal ~
' Kami Anak Malaysia ! '
Friday, 7 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)